fbpx

JDT terlalu handal buat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain JDT, Arif Aiman (kiri), mengasak pemain Selangor pada perlawanan Liga Super Selangor menentang Johor Darul Takzim (JDT), di Stadium MBPJ, di sini hari ini. Gambar-SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Hasrat Selangor FC untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata ke atas gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak kesampaian selepas tewas 1-3 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Lebih malang, kekalahan itu menyaksikan The Red Giants terus gagal untuk melakar kemenangan pertama daripada empat perlawanan terakhir sejak menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 2-1 pada 2 Mei lalu.

Dalam aksi malam tadi, Selangor yang dibimbing Karsten Neitzel terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pertama JDT melalui tandukan padu penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva.

Bekas penyerang Fortaleza itu menjaringkan gol peribadi ke-13 dalam saingan Liga Super selepas mendapat hantaran silang daripada Matt Davies pada hujung separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Selangor menggandakan serangan bertali arus ke arah gawang juara bertahan Liga Super tujuh musim berturut-turut itu dalam usaha mencari gol penyamaan.

Usaha tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Ifedayo Olusegun yang tidak dikawal, mudah menanduk masuk meledak gol penyamaan pada minit ke-62.

Bagaimanapun, gol itu tidak bertahan lama apabila JDT bangkit meledak jaringan kedua menerusi rembatan leret Matt Davies daripada luar kotak penalti pada minit ke-79.

Penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid terpaksa menerima hakikat gawangnya bolos buat kali ketiga dalam aksi itu menerusi jaringan ketiga skuad bimbingan Benjamin Mora melalui larian solo Mohamadou Sumareh pada minit ke-90.

Lawan seterusnya buat Selangor pada Sabtu ini adalah Penang FC yang berjaya menewaskan UiTM FC 1-0 menerusi jaringan tunggal Sheriddin Boboev di Shah Alam malam tadi.

JDT pula akan menanti kunjungan Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri untuk aksi ke-16 Liga Super pada Sabtu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI