fbpx

Beregu negara sedia langgar jaguh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK berdepan laluan sukar apabila diundi bertemu beregu ranking No. 1 dunia pada saingan suku akhir di Musashino Forest Sports Plaza hari ini.– AFP

TUGAS sukar menanti beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas diundi bertemu beregu ranking No. 1 dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo pada suku akhir di Musashino Forest Sports Plaza hari ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, pasangan negara yang menduduki ranking kesembilan dunia tidak pernah menewaskan Marcus-Kevin dalam enam pertemuan antara mereka.

Namun, Aaron, 24, tetap optimis mereka mampu mencipta kejutan terbesar ke atas pasangan Indonesia itu dan mara ke separuh akhir bagi mencerahkan peluang meraih pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Siapa sahaja lawan kita pada suku akhir sama ada Marcus-Kevin atau mana-mana pemain lain pun tetap sama sahaja. Kami akan lakukan yang terbaik dan berjuang sehingga ke penamat.

“Kami berlatih dan berbincang dengan jurulatih apa yang harus dilakukan apabila melawan mereka nanti.

“Rekod pertemuan memang mereka menang tetapi ia jadi kosong semula apabila dalam gelanggang. Kita cuba langgar sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir sebagai naib juara Kumpulan D, di belakang satu lagi beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang diundi bertemu ranking kelima dunia, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda.

Seandainya berjaya mencipta kejutan menyingkirkan Marcus-Kevin, Aaron dan Wooi Yik berkemungkinan besar bertemu beregu No. 4 dunia dari China, Li Junhui-Liu Yuchen di peringkat separuh akhir.

Atas kertas, Junhui-Yuchen diramal tidak berdepan masalah menundukkan beregu No. 15 dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI