fbpx

Khairul tampil cemerlang mara ke pusingan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL ANUAR bakal bersaing dengan juara dunia dari Korea Selatan pada pusingan ketiga Sabtu ini– AFP

PEMANAH berpengalaman negara, Khairul Anuar Mohamad kini berpeluang melangkah ke separuh akhir acara recurve lelaki pa­da Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas ber­jaya me­nying­kirkan pemanah Finland, Antti Vikstrom dan Wang Dapeng (China) pada aksi penentuan shoot-off di Lapangan Memanah Yumenoshima Park semalam.

Pada pusingan kedua, atlet berusia 29 tahun itu bermula sedikit goyang ketika berdepan pemanah China, Dapeng, namun bangkit semula mengejar kedudukan untuk mengheret perlawanan ke aksi penentuan selepas terikat 5-5.

Peluang tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Khairul ­Anuar apabila tenang meraih mata maksimum (10 mata) menerusi panahan penentuan ketika Da­peng akur dengan sembilan mata sekali gus menjuarai saingan itu dengan keputusan 6-5 sekali gus akan beraksi pusingan ketiga.

Ketua jurulatih memanah negara, Lee Jae-Hyung mengakui anak didiknya itu berdepan tentangan sengit.

Situasi di lapangan juga sukar apabila keadaan angin yang ber­ubah-ubah sedikit mengganggu fokus.

“Justeru, kita akan melakukan persiapan perlawanan seterusnya pada 31 Julai ini. Pada petang ini, kita akan lihat sama ada berdepan wakil dari Amerika Syarikat (AS), Jack Williams atau Korea Selatan (Kim Woo Jin),” kata­nya.

Terdahulu pada pusingan pertama, Khairul Anuar diberi tentangan cukup hebat dan turut mengheret saingan itu ke shoot-off sebelum mengatasi pemanah Finland, Antti Vikstrom dengan kemenangan 6-5.

Khairul Anuar ketinggalan pada awal saingan, namun bangkit menyamakan kedudukan pada dua set terakhir selepas lawannya mengalami masalah.
Pada Olimpik London 2012, Khairul Anuar menamatkan saingan di tempat keenam sebelum tewas di pusingan kedua pada edisi 2016 di Rio de Janeiro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI