fbpx

Mohd. Sazili dilantik Presiden UiTM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sazili

SHAH ALAM – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi dilantik menjadi Presiden UiTM FC yang baharu.

Pelantikan Mohd.Sazili dibuat menerusi mesyuarat khas ahli Lembaga Pengarah UiTM FC.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UiTM FC, Mustaza Ahmad, pelantikan Mohd. Sazili berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan Prof.Dr. Azizan Abdullah.

“Mohd. Sazili merupakan presiden UiTM FC yang ketiga sejak kelab ini ditubuhkan pada tahun 2008.

“Ahli-ahli Lembaga Pengarah UiTM FC penuh yakin beliau akan dapat menggalaskan amanah sebagai presiden UiTM FC dengan cemerlang berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pentadbiran dan pengurusan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustaza berkata, Mohd. Sazili juga bukan asing dalam sukan bola sepak kerana pernah menjadi pemain tengah di zaman persekolahan dan universiti.

Sementara itu, Mohd.Sazili memberitahu, pencapaian baik yang ditinggalkan oleh dua bekas presiden sebelum ini akan menjadi daya pendorong untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan ini.

Jelasnya, UiTM FC dilahirkan melalui inisiatif pusat kecemerlangan sukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam teras utama Dasar Pembangunan Sukan IPT.

“Oleh itu, saya akan memastikan amanah oleh Kementerian Pengajian Tinggi akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin,”katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI