PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mara pusingan kalah mati Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan Brice Leverdez dari Perancis 21-17, 21-5 di Musashino Forest Plaza sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia selaku juara Terbuka All England 2021 akan menentang juara bertahan, Chen Long dari China pada peringkat kalah mati esok.
Jika berjaya menewaskan Chen Long, Zii Jia yang menghuni ranking kelapan dunia bakal berentap dengan pemain Taiwan, Chou Tien Chen di peringkat suku akhir pada Sabtu ini. – K! ONLINE