fbpx

‘Dua minggu kami rugi lebih RM20,000’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik AZRIN (kiri) dan Nik Azani menunjukkan lambakan timun yang diusahakan mereka di Kampung Pulai, Chicha Tinggi, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Dua beradik yang mengusahakan tanaman timun mendakwa mereka mengalami kerugian RM2,000 sehari selepas tidak dapat menjual hasil tanaman itu sejak dua minggu lalu susulan peningkatan penularan Covid-19.

Nik Azrin Nik Yaakub, 29, dan abangnya Nik Azani, 46, berkata, keadaan itu menyebabkan 1.5 tan timun yang dikeluarkan setiap hari terbiar sekali gus mereka terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit.

Katanya, jika situasi itu berte­rusan, dia dan abangnya mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan projek tanaman buat seketika.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu, kami tidak berdepan sebarang masalah untuk memasarkan ha­sil tanaman kerana dijual terus kepada pemborong di pasar borong dekat Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong, Kota Bharu.

“Bagaimanapun, berlaku lam­bakan hasil sayur-sayuran ketika ini selain pemborong di RTC tidak dapat menjual bahan mentah ekoran beberapa sektor ekonomi masih lagi ditutup,” katanya di sini semalam.

Nik Azrin memberitahu, situasi itu menyebabkan dia terpaksa mengagihkan hasil tanaman itu secara percuma kepada penduduk kampung bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.

Katanya, sebelum ini, mereka sudah mengalami kerugian teruk selepas gagal memasarkan lada solok ekoran koronavirus.

“Sejujurnya kami sudah buntu, pelbagai cara telah digunakan termasuk jualan online, namun masih belum mampu membantu mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad dalam satu kenyataan berkata, pekebun boleh memasarkan tanaman mereka menerusi menerusi Rakan Pemasar FAMA di RTC selain promosi terus dari ladang bagi mendapatkan pulangan yang terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI