PEMAIN No. 1 dunia, Kento Momota dari Jepun mencipta kejutan terbesar apabila tersingkir daripada saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 seawal peringkat kumpulan.
Lebih malang, Momota ditunjukkan jalan keluar oleh pemain pada ranking ke-38 dunia dari Korea Selatan, Heo Kwang-hee selepas tewas straight-set 15-21, 19-21 dalam tempoh 52 minit di Musashino Forest Plaza sebentar tadi.
Kekalahan tersebut menyaksikan pilihan utama kejohanan itu sekadar menamatkan saingan Kumpulan A pada tempat kedua sekali gus ‘berputih mata’ untuk melangkah ke peringkat suku akhir.
Sebaliknya, Kwang-hee yang berjaya mara ke suku akhir dan menanti pemenang antara pemain Guatemala, Kevin Cordon dan Mark Caljouw dari Belanda pada peringkat kalah mati esok. – AGENSI