fbpx

Lagi kluster ziarah raya di Kedah, negeri Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Empat kluster komuniti melibatkan aktiviti ziarah raya dan rentas negeri dikesan di tiga negeri Pantai Timur melibatkan Terengganu, Kelantan dan Pahang selain Kedah.

Kluster tersebut ialah Kluster Kampung Hujung Repek Melawi di Bachok (enam kes); Kluster Taman Puteri Pulong di Kota Bharu, Machang dan Hulu Terengganu (10 kes); Kluster Dah Kampung Pong di Padang Terap (17 kes) dan Kluster Simpang Cheneras di Lipis (16 kes).

Lampiran rumusan kluster yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan menyebut, kes indeks Kampung Hujung Repek Melawi mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan pada 19 Julai lalu.

Menurut rumusan itu, kluster tersebut melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Hujung Repek, Melawi, Bachok sempena sambutan perayaan.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan berumur 22 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Julai hasil saringan rentas negeri,” katanya di sini hari ini.

Kluster Taman Puteri Pulong juga melibatkan individu-individu yang menghadiri sebuah majlis sambutan perayaan dan penularan kes-kes dilaporkan berlaku di Taman Puteri Pulong, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Bahkan kes indeks bagi kluster tersebut mempunyai sejarah merentas negeri dari Terengganu ke Kelantan pada 16 Julai

“Kes indeks merupakan lelaki berumur 36 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Julai hasil saringan individu bergejala selepas mengalami gejala sejak 11 Julai lalu,” katanya.

Seterusnya adalah Kluster Dah Kampung Pong melibatkan individu-individu yang mengadakan sebuah sambutan perayaan di Kampung Pong Utara, Kuala Nerang.

Kes indeks ialah seorang nenek berumur 60 tahun yang dilaporkan positif pada 21 Julai hasil saringan individu bergejala.

Sementara itu, Kluster Simpang Cheneras berpunca daripada penularan yang dilaporkan berlaku di Taman Cheneras Jaya, Kuala Lipis, Lipis.

“Kes indeks bagi kluster ini mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Pahang pada  21 Julai lepas.

“Mangsa ialah seorang lelaki berumur 32 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Julai 2021 hasil saringan individu bergejala,” katanya.

Keempat-empat kluster tersebut merupakan antara 41 kluster baharu yang dikesan hari ini termasuk 16 kluster komuniti. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI