IMPIAN rakyat Malaysia untuk melihat perenang wanita negara, Phee Jinq En mara ke peringkat separuh akhir saingan 200 meter (m) kuak dada di Sukan Olimpik Tokyo tidak kesampaian selepas perenang berusia 23 tahun itu mengakhiri saingan di kedudukan kelapan sebentar tadi.
Jinq En, menamatkan aksi saringan di Pusat Akuatik Tokyo di kedudukan ke-31 keseluruhan dengan catatan masa 2 minit 32.57 saat (s) dalam saringan pertama.
Secara keseluruhan, Jinq En yang membuat penampilan kedua di Olimpik, menduduki tangga ke-31 dan hanya 16 perenang terbaik layak beraksi di pentas separuh akhir.
Dalam acara tersebut Tatjana Schoemaker dari Rusia mengungguli perlumbaan menerusi catatan masa 2:19.16s.
Ahad lalu, Jinq En memecah rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100m kuak dada wanita pada aksi saringan kedua pusingan kelayakan.
Dia mencatat masa 1:08.40s sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang dilakukannya sebelum ini di Sukan SEA 2019 Manila. – K! ONLINE