fbpx

Sebak dibantu lepas kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewgi (dua dar kanan) menunjukkan kain putih yang dikibarkan di hadapan rumah sewanya di Taman Gemencheh Baru, Tampin hari ini.

TAMPIN – Seorang ibu tunggal berasa terharu setelah mendapat pelbagai bantuan tidak sampai setengah jam selepas mengibarkan bendera putih di hadapan rumah sewanya di Taman Gemencheh Baru di sini hari ini.

M. Dewgi, 66, berkata, beberapa hari lalu, dia mulai risau apabila bekalan makanan hampir kehabisan.

Ini kerana dia dan anak ketiganya, V. Vishu, 45, tidak bekerja kerana hilang upaya akibat strok.

Menurutnya, mereka menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membayar sewa rumah sebanyak RM450 sebulan manakala baki RM100 lagi digunakan untuk membeli makanan.

“Tak lama lepas saya kibarkan baju berwarna putih, ada orang pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India menghantar bantuan makanan.

“Ada yang memberi sepapan telur, beras, mi segera dan gula. Bantuan ini amat bermakna buat saya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dua beranak itu mendapat sumbangan bekalan makanan harian, basah dan wang tunai daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Gemencheh dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh, Datuk Mohd. Isam Mohd Isa.

Dewgi berkata, sebelum ini mereka menumpang di rumah saudara, namun disebabkan anaknya disahkan sakit strok dan tibi, jadi dia mencari rumah sewa.

Menurutnya, anaknya sebelum ini bekerja dalam sektor perkapalan di Johor sebelum diserang penyakit strok serta tibi dua tahun lalu. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI