fbpx

Saya pantang orang tak hormat orang tua – Sherry Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERRY kecewa dengan sikap biadap seorang usahawan yang tular dalam sebuah video hari ini.

PETALING JAYA – Pelakon Sherry Ibrahim berang dan kecewa dengan kebiadaban sikap seorang usahawan tempatan yang bersikap kurang ajar terhadap seorang warga emas di sebuah pusat transit gelandangan di ibu negara baru-baru ini.

Sherry menerusi satu hantaran Instagram memberitahu hatinya sangat tersentuh melihat seorang warga emas diperlakukan sedemikian rupa oleh golongan muda.

“Saya memang pantang dengan orang yang tak pandai nak menghormati orang tua.

“Tidak perlu rasanya hendak merendah-rendahkan orang seperti itu, sangat tidak baik,” katanya dalam entri tersebut.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Teduhan Kasih turut menggesa individu yang dalam video tukar berkenaan mengubah sikap dan belajar menghormati dengan orang yang lebih tua.

“Kepada individu terbabit, awak perlu mengubah perangai dan seharusnya belajar bagaimana untuk menghormati golongan lebih berusia,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya termasuklah golongan selebriti tanah air turut mengecam sikap kurang ajar individu terbabit.

“Dia Tuhan ke? Ayat itu boleh elok sikit. Ya Allah, pakcik itu sudah macam ayah aku (sebaya), biadab sangat!,” komen pelakon Yana Samsudin.

“Astaghfirulahalazim, Allah boleh tarik balik nikmat rezeki yang diberikan bila-bila masa saja. Inilah jadi bila dah rasa diri tu hebat sangat dan hilang respek. Memang duit tak boleh beli adab,” luah pengacara, Uyaina Arshad.

Hari ini, tular sebuah video memaparkan seorang usahawan jenama tempatan menyampaikan nasihat dan kata-kata motivasi kepada seorang warga tua namun dengan cara yang salah serta biadab.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat transit gelandangan di ibu negara ketika usahawan terbabit hadir menyampaikan sumbangan.

“Semasa muda dulu menyesal tak banyak main dan tak buat betul-betul,” tanya lelaki itu.

Video tersebut seterusnya tular dalam media sosial sehingga nama usawahan berkenaan sohor kini dalam Twitter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI