fbpx

10 kes varian Delta dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Varian Delta atau B1617.2 adalah yang paling mudah berjangkit setakat ini, dan kini, pasukan perubatan mengaku bahawa ia lebih berbahaya. – AFP

PUTRAJAYA – Sebanyak 10 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan kesemuanya melibatkan varian Delta (India) (sublineage B.1.617.2) menerusi kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 22 Julai hingga hari ini.

Menurut maklumat yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu tersebut dikesan di Melaka (tiga kes), Kedah dan Johor (masing-masing dua kes) serta Terengganu, Perlis dan Selangor (masing-masing satu kes).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI),” katanya dalam kenyataan pada Facebook beliau di sini hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta (Afrika Selatan) 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha (United Kingdom) manakala bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta (Filipina), empat kes varian Kappa (India) dan tiga kes varian Eta (Nigeria). -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI