fbpx

Haramkan penggunaan racun tikus jenis pelet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh racun tikus berbentuk pelet. GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengharamkan penggunaan racun tikus dalam bentuk pelet.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader barkata, ia berikutan terdapat kes beberapa haiwan peliharaan penduduk mati selepas termakan pelet beracun tersebut sebelum ini.

“Sebelum kejadian itu, pemilik haiwan melihat beberapa pekerja pihak berkuasa tempatan melempar pelet beracun itu ke atas rumput di sepanjang jalan.

“Ketika ditanya, pekerja berkenaan berkata racun itu adalah untuk menghapuskan tikus dan burung gagak.

“Agak luar biasa bagaimana mereka dapat menyasarkan hanya tikus dan gagak sedangkan pelet dilempar ke tanah di mana kanak-kanak atau makhluk lain boleh mengutip dan memakannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohideen berkata, racun dalam bentuk pelet bukan sahaja membahayakan haiwan peliharaan, malah turut membahayakan kanak-kanak dan hidupan liar lain selain mendorong Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat mengharamkan racun tikus dalam bentuk tersebut.

“Menurut pembantu tadbir pejabat EPA berhubung Keselamatan Bahan Kimia dan Pencegahan Pencemaran, perubahan itu penting demi mengurangkan ribuan pendedahan kanak-kanak secara tidak sengaja setiap tahun kepada produk kawalan racun tikus dan juga untuk melindungi haiwan peliharaan di rumah.

“Pihak EPA turut menghendaki semua racun tikus yang dijual kepada pelanggan kediaman diletakkan dalam stesen pengumpan agar menjauhkan racun itu dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan,” katanya lagi.

Menurut Mohideen, kita tidak seharusnya menggunakan kaedah membunuh semata-mata untuk mengawal bilangan tikus pemusnah.

“Racun atau kaedah memerangkap belum dapat mengatasi punca sebenar masalah berkenaan iaitu tabiat buruk penduduk membuang sisa makanan dan sampah dengan sewenang-wenangnya,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI