GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menjalankan pemantauan rapi terhadap enam buah kampung Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing di sini selepas terdapat laporan penularan jangkitan Covid-19 di situ sejak lima hari lalu.
Pegawai Jakoa Daerah Gua Musang, Azman Ngadiron berkata, setakat ini, seramai 61 keluarga Orang Asli di kampung terbabit telah dikuarantin di rumah masing-masing dan memakai gelang merah jambu.
Katanya, keluarga berkenaan tinggal di enam buah kampung iaitu Kampung Chekau, Kampung Penangau, Kampung Lojing, Kampung Jedip, Kampung Sengsang dan Kampung Sendrop.
“Penularan Covid-19 di kampung terbabit dipercayai berlaku apabila ada Orang Asli yang terkena jangkitan ketika bekerja di kebun sayur.
“Bagaimanapun, penularan Covid-19 masih terkawal dan kita akan pastikan aktiviti keluar dan masuk ke kampung Orang Asli oleh individu luar tidak terlalu bebas.
“Oleh itu, kita memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutamanya polis, penghulu dan tok batin untuk mengawal keadaan itu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929