fbpx

Sidang DUN Kelantan bakal bentang dua RUU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang DUN Kelantan akan berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu bermula 23 hingga 25 Ogos depan.

KOTA BHARU – Dua Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual berlangsung secara bersemuka bermula 23 hingga 25 Ogos depan.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, titah ucapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena istiadat pembukaan sidang DUN telah diwakilkan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

“Bagaimanapun, dua RUU itu masih belum boleh dimaklumkan lagi buat masa ini.

“Sepanjang tiga hari DUN bersidang, sesi soal jawab dan perbahasan untuk meluluskan dua RUU tersebut dijadual berlangsung seperti biasa,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI