fbpx

Pendakwaan, pembelaan mohon kes SRC RM27 juta ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam satu lagi perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) memohon kes tersebut ditangguhkan sehingga keputusan kes SRC RM42 juta diketahui di Mahkamah Rayuan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Ashrof Adrin Kamarul ketika ditemui selepas prosiding pengurusan kes tersebut dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

“Kes ini telah ditetapkan untuk perbicaraan pada pada tarikh 2 hingga 9 Ogos ini. Namun memandangkan kes rayuan SRC RM42 juta masih didengar di Mahkamah Rayuan ketika ini, kami perlu memohon penangguhan perbicaraan sehingga kami tahu keputusan akhir kes itu (RM42 juta) yang seterusnya berkemungkinan akan didengar di Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Ashrof turut memaklumkan penangguhan itu adalah perlu memandangkan bukti dalam kes ini saling berkaitan dengan kes SRC RM42 juta itu, iaitu melibatkan jejak wang yang sama.

Justeru tambah beliau, Hakim Mohamed Zaini telah mengarahkan kedua-dua pihak untuk menulis surat kepada mahkamah hari ini bagi memohon penangguhan perbicaraan kes yang sepatutnya bermula 2 Ogos ini.

“Selain untuk penangguhan kes pada 2 Ogos ini, pihak kami juga turut menulis surat bagi kesemua tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan pada pada Mac dan April 2022 dilapangkan,” katanya lagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI