fbpx

CAC Taman Sri Andalas akhirnya dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menadah tangan kesyukuran apabila CAC Taman Sri Andalas dipindahkan dan akan beroperasi di Pelabuhan Klang pada 30 Julai ini

KLANG – Perjuangan penduduk di Taman Sri Andalas berhubung pemindahan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Klang akhirnya berjaya apabila CAC itu akan dipindahkan esok di Pelabuhan Klang.

CAC akan beroperasi di lokasi baharu tersebut pada 30 Julai ini selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mendengar bantahan mereka.

Menurut seorang penduduk, Datuk Hamzah Umar, dia bersyukur dengan pemindahan itu susulan CAC itu menimbulkan kegusaran kepada penduduk sekitar terhadap jangkitan virus Covid-19.

Tambahan, katanya, CAC di dewan berkenaan sebelum ini hanya 100 meter daripada kediamannya.

“Penduduk di sini sudah lama bimbang sejak CAC diwujudkan di sini pada 12 Julai lalu. Pengumuman PKD itu amat dinantikan dan memberikan kelegaan kepada semua penduduk sekitar taman ini,” katanya ketika ditemui di Taman Sri Andalas hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI