fbpx

Kes Covid-19 diunjurkan terus naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan kes Covid-19 akan terus naik untuk beberapa hari sebelum trend itu dijangka berkurangan dalam beberapa minggu lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong berkata, ia susulan langkah aktif pengesanan kontak rapat sebanyak yang mungkin dan proses ketat kuarantin selain strategi saringan wabak disusun semula agar lebih efektif.

“Ramai tidak mengalami gejala dan tidak menyedari mereka telah dijangkiti serta boleh sebar virus kepada orang lain walaupun kadar vaksinasi ditingkatkan.

“Strategi pengurusan wabak  juga sudah berubah daripada sekadar membendung kepada mitigasi dalam usaha pencegahan kematian dan meminimumkan penyebaran kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Chee Kheong berkata, peningkatan kes kebelakangan ini disebabkan tahap keberkesanan vaksin bertindak balas mengambil masa dua minggu selepas lengkap dua dos.

“Kemunculan varian Delta dalam komuniti dengan banyak kes juga menyumbang lonjakan kes dan ini turut dialami banyak negara meskipun merekodkan kadar vaksinasi tinggi,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI