fbpx

Kebakaran belukar, lalang sebabkan IPU Johan Setia tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran belukar dan longgokan sampah di bawah rentis Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan 8, Kampung Johan Setia. - Foto IHSAN JAS SELANGOR

KLANG – Kebakaran belukar dan longgokan sampah sarap di bawah rentis Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan 8, Kampung Johan Setia di sini mengakibatkan bacaan Indeks Indeks Pencemaran Udara (IPU) naik mendadak di kawasan tersebut.

IPU tidak sihat itu dicatatkan sejak 2 pagi tadi pada paras 152 sebelum melonjak kepada 191 setakat pukul 1 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, kebakaran seluas 0.1 hektar tersebut dikesan pihaknya pukul 11 pagi tadi.

Katanya, berdasarkan semakan mendapati kawasan sekitar tersebut pernah terbakar 1.2 hektar seminggu lalu namun berjaya dipadam sebelum ini.

“Namun, tanah gambut yang mudah terbakar dan baraan dalam tanah berpotensi menyebabkan kemerebakan di kawasan bersebelahan.

“Tambahan pula cuaca sekarang panas terik dan kering. Pihakbomba telah dimaklumkan untuk membuat pemadaman bagi mengelakkan jerebu setempat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Difahamkan, usaha pemadaman dikoordinasikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, Mohd. Zainal Mohd. Nor. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI