fbpx

652,000 penduduk Pulau Pinang terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Kira-kira 36.8 peratus atau 652,000 penduduk di negeri ini telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, jumlah itu hampir separuh daripada kira-kira 1.2 juta penduduk yang telah mendaftar.

Bagaimanapun kata beliau, masih ramai penduduk di negeri ini yang berjumlah kira-kira 1.78 juta orang itu belum mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin.

“Justeru, kita menggesa agar mereka segera berbuat demikian bagi membolehkan kita mencapai status imuniti kelompok ini lebih awal.

“Bagi yang telah selesai divaksin pula, jangan ingat anda sudah ‘kebal’ dan teruskan membuat saringan jika perlu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan pembukaan semula pejabat cawangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Jalan Betek, Bukit Mertajam di sini bermula esok yang turut dihadiri Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud.

Pejabat berkenaan sebelum ini ditutup untuk kerja-kerja sanitasi serta pengesanan kontak rapat sejak Jumaat lalu selepas 18 kes positif dikesan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI