fbpx

‘Lady Gaga’ buat apa di Olimpik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang atlet wanita Jordan mirip penyanyi pop, Lady gaga.

PEMENANG Oscar dan 11 trofi Grammy, Lady Gaga menjadi buah mulut ramai dalam media sosial apabila dikatakan bertanding dalam temasya berprestij, Olimpik Tokyo 2020.

Gambar seorang atlet Taekwondo berlegar terutama dalam Twitter namun sebenarnya bukan Gaga tetapi atlet wanita Jordan bernama Julyana Al-Sadeq.

Dari satu sisi ketika wanita berkenaan sedang beraksi, rupa parasnya saling tidak tumpah seperti Gaga atau nama lengkapnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta.

Disebabkan itu, ramai dalam kalangan peminat mula mengusik dan memuat naik ciapan nakal seperti mengatakan apa lagi yang pelantun lagu Bad Romance itu tidak boleh lakukan dalam kerjaya dan hidupnya.

“Apa yang Gaga tak boleh buat?,” usik pemilik laman Twitter peminat Gaga, @gagadaily.

Bukan hanya mengecap impian berjaya ke pentas olimpik, atlet berkenaan, Julyana turut meraih populariti segera apabila gambarnya mirip Gaga tular dalam platform media sosial.

Gaga, 35, terkenal dan dikagumi ramai dengan versatilitinya bukan hanya dalam bidang muzik bahkan dalam bidang lakonan.

Dalam cabang muzik, penghibur kelahiran New York itu, bukan sahaja cemerlang dalam genre pop, dia telah merakamkan dan menyanyikan pelbagai genre lain seperti jazz, metal, rock, disco dan country dan mendapat pengiktirafan industri global sejak memulakan kerjaya pada 2001.

Dari segi lakonan, dia merupakan wanita pertama dunia yang menerima pencalonan serentak dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Lagu Original Terbaik pada Academy Awards 2019 menerusi filem A Star Is Born.

Filem terbaharu lakonannya, House of Gucci dijadualkan bakal ditayangkan November ini. Karya arahan Ridley Scott turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Adam Driver, Jared Leto dan Salma Hayek. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI