fbpx

MBJB kutip cukai RM498.28 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merekodkan kutipan cukai sebanyak RM498.28 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini walaupun dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud berkata, kutipan berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.29 peratus lebih tinggi berbanding kutipan dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, kutipan itu merangkumi hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

“Sehingga Jun 2021, kutipan sebenar hasil adalah sebanyak RM225.22 juta iaitu 45 peratus daripada anggaran keseluruhan. Ini terdiri daripada kutipan hasil cukai RM176.62 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM34.46 juta dan terimaan bukan hasil RM14.14 juta.

“Sekiranya dibandingkan kutipan hasil dalam tempoh yang sama pada tahun 2020, kutipan hasil sehingga Jun 2021 ini adalah 0.29 peratus lebih tinggi dengan perbezaan RM0.66 juta,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bilangan-7 Tahun 2021 MBJB di Bangunan MBJB di sini, hari ini. – K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI