fbpx

Tiga lagi penguat kuasa MBSA direman bantu siasatan kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lagi penguat kuasa MBSA dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan reman bagi membantu siasatan kes menerima rasuah untuk melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.

Perintah tahanan reman selama enam hari mulai hari ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya antara pukul 1 hingga 2 petang, semalam selepas hadir memberi keterangan.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2008.

Penahanan itu menjadikan sejumlah lapan pegawai penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga rokok seludup berketurunan Acheh direman setakat ini berhubung kes sama.

Kesemua individu itu ditahan secara berasingan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Isu rasuah membabitkan penguatkuasa MBSA terbongkar selepas pendedahan dibuat Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid atau Asri Janggut yang memuat naik dua video di laman Facebook sebelum tular di media sosial.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bagi menyiasat dakwaan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI