fbpx

Video upacara keagamaan di Bayan Lepas tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dipercayai upacara menghormati kematian ahli keluarga di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Video yang memaparkan lebih 10 individu termasuk kanak-kanak mengadakan satu upacara keagamaan dipercayai bagi menghormati kematian seorang ahli keluarga mereka tular di media sosial sejak semalam.

Lokasi kejadian dikatakan berlaku di kawasan perumahan teres berdekatan persimpangan lampu isyarat di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas di sini beberapa hari lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 23 saat itu, kelihatan kelibat individu dipercayai ‘tok sami’ berdiri sambil beberapa individu mengelilingi api dalam upacara pembakaran tersebut yang dipercayai diadakan pada waktu malam.

Lokasi (dalam bulatan) dipercayai tempat lebih 10 individu mengadakan satu upacara pembakaran bagi menghormati kematian seorang ahli keluarga mereka di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas di sini baru-baru ini.

Video tersebut didakwa dirakam orang awam dari lokasi tinggi iaitu flat berhampiran kawasan perumahan berkenaan dengan netizen mempertikaikan aktiviti berkumpul di tempat terbuka itu ketika kes harian jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah lebih 12,000 kes.

Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan yang kesemua individu terlibat telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baru-baru ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI