fbpx

Felda Kenanga Jengka 7 sekali lagi kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selepas pernah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) awal bulan lalu, Felda Kenanga Jengka 7 sekali lagi diletakkan arahan sama mulai Khamis ini berkuat kuasa sehingga 11 Ogos ini.

April lalu, seramai 200 orang yang meliputi 40 keluarga di skim tanah itu terpaksa menyambut Ramadan dalam keadaan dikuarantin susulan penularan ketika mesyuarat di Felda tersebut dan kemudian diwartakan PKPD dari 11 hingga 14 Jun lalu ekoran Kluster Rantau Kenanga disebabkan anak peneroka yang balik untuk menyambut Hari Raya Aidiilfitri.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 34 lokaliti di negara ini juga bakal dikenakan PKPD secara serentak antaranya di Ladang Kerilla, Jajahan Tanah Merah, Kelantan; manakala di Johor melibatkan asrama pekerja tapak pembinaan di Taman Bukit dalam Daerah Kluang serta Kampung Pertanian dan Kampung Separa, Mukim Senai, Daerah Kulai.

“Di Sarawak, empat lokaliti dalam Bahagian Kuching turut dikenakan perintah sama iaitu Kampung Jawa Batu 12, Kampung Bumbok dan Kampung Telaga Air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin menambah, Sabah paling banyak lokaliti dilaksanakan PKPD dengan 11 daripadanya terletak di daerah Kota Kinabalu meliputi Kampung Unggun, Kampung Kalasanan, Kampung Tebobon, Kampung Pulau Penampang, Taman Bukit Setia, Taman Putera Jaya, Bandar Sierra, Bandaran Segama, Plaza Kingfisher, Polytechnic Commercial Centre serta Lorong Cina 1, 2 dan 3.

Katanya, ia turut melibatkan daerah Penampang, lapan lokaliti iaitu Kampung Nabangkung, Kampung Sarapung Kolopis, Kampung Ramayah, Kampung Tuunon, Taman Vistan Kiranau, Vista Minitod, Country Height Fasa 1 dan Cyber City Fasa 1.

“Empat lokaliti pula terletak di daerah Beaufort iaitu Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna, selebihnya dalam Bahagian Tawau iaitu Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah serta Perumahan Ladang Tinabau, Kinabatangan, Bahagian Sandakan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI