fbpx

Kejutan Duffy hadiahkan Bermuda emas pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUFFY meraih kemenangan dalam acara triathlon sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama buat Bermula di pentas Sukan Olimpik. – AFP

TOKYO – Atlet triathlon Bermuda, Flora Duffy menghadiahkan pingat emas Olimpik pertama buat negara itu apabila memenangi acara tersebut pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

Pada acara yang berlangsung di Odaiba Marine Park itu, Duffy menyempurnakan cabaran renang sejauh 1500 meter, berbasikal (40 kilo­meter) serta larian (10 kilometer).

Lebih manis, kejayaan itu berjaya meleburkan penca­paian petinju, Clarence Hill yang memenangi pingat gangsa buat Bermuda pada Sukan Olimpik Montreal 1976.

“Saya berdepan tekanan yang cukup tinggi dalam tempoh lima tahun kerana di­letakkan sebagai pilihan pada Olimpik kali ini. Bagaimanapun, saya anggap status itu membawa tuah kepada saya.

“Seluruh Bermuda pas­tinya gembira dengan kejayaan ini kerana ia adalah impian seluruh rakyat. Saya bangga untuk menjadi pemenang pingat emas pertama buat negara,” kata Duffy.

Atlet berusia 33 tahun itu turut mendedahkan, sebelum ini dia pernah dirisik oleh skuad triathlon Great Britain, namun memilih untuk menolak pelawaan tersebut bagi mewakili Bermuda.

“Saya memiliki dua kerakyatan, namun Bermuda sentiasa istimewa di hati saya. Mungkin Britain boleh beri lebih dana dan sokongan kepada saya, namun saya lebih memilih untuk berlatih secara bebas.

“Sekiranya saya mewakili Great Britain, tidak mungkin saya dibenarkan untuk menjalani latihan secara bebas kerana mereka ada program tersendiri. Saya hanya ikut kata hati sendiri,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI