PUTRAJAYA – Dua hari berturut-turut negara merekodkan sebanyak 207 kes kematian menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 terkini berjumlah 8,408 kes.
Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan sebanyak 170,224 kes termasuk 1,023 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 524 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Kes baharu merekodkan sebanyak 16,117 kes termasuk 26 kes import, menjadikan jumlah kes positif terkini sebanyak 1,044,071 kes.
“Terdapat 11,526 kes sembuh hari ini dan jumlah kes sembuh terkini sebanyak 865,439 kes,” katanya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929