fbpx

Hapuskan jawatan kontrak di KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Majlis Presiden Dan Setiausaha Agung (Mapsu) Gabungan Kesatuan Sekerja Di Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon supaya sistem perjawatan kontrak dihapuskan.

Presidennya, Nor Hayati Abd Rashid berkata, selain itu pihaknya juga memohon agar jawatan kontrak terutamanya di kumpulan pelaksana turut diserap ke jawatan tetap.

Menurutnya, Mapsu terdiri daripada 21 buah kesatuan gabungan di bawah KKM terdiri dari lebih 70,000 ahli melibatkan berbagai kategori jawatan.

“Ahli Mapsu majoriti adalah petugas barisan hadapan yang turut sama berjuang melawan Covid-19. Mapsu berharap pihak kerajaan dapat memastikan skim perjawatan di kumpulan pelaksana turut diberi perhatian. Penyerapan jawatan kontrak Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi tidak mengecilkan bilangan jawatan lain dalam KKM.

“Jawatan lain juga amat penting dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkesan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI