fbpx

Van bawa dua OKT ke mahkamah terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van polis dan MPV jenis Toyota Innova terlibat dalam kemalangan di Kampung Beta Hulu, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Sebuah van polis yang membawa dua orang kena tahan (OKT) terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kampung Beta Hulu di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu, seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor berusia 32 tahun dan wanita berusia 19 tahun yang merupakan pemandu MPV jenis Toyota Innova hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, pegawai polis menaiki van jenis Toyota Hiace dipandu anggota berpangkat Lans Koperal, dua anggota pengiring dan dua OKT dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.

Katanya, van itu sedang dalam perjalanan dari arah Kemubu ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini atas urusan pertuduhan terhadap kedua-dua OKT.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, MPV jenis Toyota Innova yang dipandu wanita itu dipercayai keluar dari simpang sebelah kiri jalan secara mengejut.

“Insiden itu menyebabkan van polis tidak sempat brek ekoran jarak terlalu dekat sebelum merempuh bahagian pintu bahagian pemandu MPV berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Abdul Rahim berkata, dalam kemalangan itu, pegawai penyiasat hanya luka ringan pada tangan kiri, pemandu MPV cedera pada bahagian kaki manakala tiga anggota polis dan dua OKT tidak mengalami sebarang kecederaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI