fbpx

Wanita berusia 101 tahun lengkapkan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Swee Soon ketika menerima suntikan kedua vaksinasi di hospital pakar KPJ Klang, hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

KLANG- Faktor umur tidak menjadi penghalang kepada warga emas, Khoo Swee Soon, 101 tahun untuk mengambil vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Pakar KPJ Klang, Bandar Baru Bukit Raja, di sini hari ini.

Dia yang hadir di hospital tersebut pukul 2 petang bersama salah seorang anaknya, Lim Kim Hoon, 74, dan menantunya, Teng Teng, 41 bagi melengkapkan dos kedua.

Ketika dalam tempoh pemerhatian selepas menerima vaksin Sinovac, Swee Soon tidak mengalami sebarang kesakitan atau alahan di mana-mana bahagian tubuh badannya.

Menurut Kim Hoon, ibunya juga tidak mengalami sebarang masalah ketika menerima dos pertama, dua minggu lalu.

“Salah seorang anak saudara yang tolong daftarkan ibu bagi mendapatkan temujanji vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

“Selepas dapat tarikh temujanji, ibu tidak pernah menolak apabila diajak untuk menerima vaksin,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Klang, Nor Aidil Ikram Muhamad berkata, pihaknya sentiasa membuat pemeriksaan lanjut terhadap Swee Soon sejak dia menerima dos pertama.

Menurutnya, Swee Soon adalah penerima vaksin tertua di PPV berkenaan sejak beroperasi pada 21 Jun lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI