PETALING JAYA – Orang ramai membidas penggiat seni tanah air yang menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah meletak jawatan.
Menurut mereka, Noor Hisham telah berusaha sehabis baik dan bertungkus lumus berusaha menyelamatkan rakyat serta negara daripada pandemik Covid-19.
Penguna Facebook Hudda Dayu berkata, gesaan itu sangat tidak wajar kerana tiada jaminan kes jangkitan Covid-19 akan menurun walaupun Ketua Pengarah Kesihatan letak jawatan.
“Ingat kes boleh turun selagi rakyat degil macam kamu (yang menggesa Noor Hisham letak jawatan) wujud.
“Ketua Pengarah Kesihatan letak jawatan beliau tidak rugi apa-apa. Boleh senang lenang duduk di rumah guna wang pencen,” katanya.
Semalam pelakon Lana Nodin dikatakan menggesa Ketua Pengarah Kesihatan meletak jawatan susulan kes yang dicatatkan naik mendadak.
Gesaan itu dipersetujui rakan artis Rita Rudaini yang mengatakan kenyataan Lana itu tidak salah dan ramai lagi rakyat Malaysia turut meminta perkara sama.
Pemilik akaun Facebook Sue Anne berkata, Noor Hisham bertungkus lumus sejak tahun lalu melawan Covid-19 untuk rakyat.
Kata beliau, malangnya ada pihak mengutuk dan mempertikaikan usaha Noor Hisham dan cuba menjadi batu api.
“Kalau drama (lakonan) mereka (artis) tidak menarik, mahukah mereka jika orang minta letak jawatan jadi pelakon,” perlinya.
Pengguna Facebook Hanita Ibrahim pula berkata, semua barisan hadapan negara berusaha melakukan yang terbaik
Bagaimanapun, katanya, pandemik Covid-19 wabak baharu yang melanda dunia sejak tahun lepas.
“Jadi bersama beri sokongan. Jika tidak boleh beti tenaga, beri semangat dan kata-kata yang baik.
“Doa-doa yang baik lebih bagus berbanding tidak habis-habis mahu mengecam,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929