fbpx

Pandelela-Mun Yee gagal sambar pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDELELA dan Mun Yee gagal memberikan aksi terbaik apabila menduduki tangga tercorot pada aksi 10m platform seirama sebentar tadi. - AFP

DUA penerjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee kempunan memenangi pingat pertama buat Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas meraih tempat kelapan pada final 10 meter (m) platform seirama sebentar tadi.

Pandelela-Mun Yee berada dalam kedudukan podium selepas dua pusingan sebelum kesilapan pada terjunan ketiga menyebabkan mereka jatuh ke tangga keenam pada saingan di Pusat Akuatik Tokyo.

Dua terjunan terakhir juga menyaksikan pasangan harapan negara itu melakukan kesilapan sekali gus terpaksa akur menamatkan final itu pada tangga tercorot daripada lapan negara dengan markah keseluruhan 277.98 mata.

Pingat emas dimenangi Chen Yuxi-Zhang Jiaqi dari China dengan 363.78 markah, manakala perak menjadi milik pasangan Amerika Syarikat, Jessica Parratto-Delaney Schnell (310.80 mata)

Pingat gangsa pula berjaya diraih penerjun Mexico, Gabriela Agundez Garcia-Alejandra Orozco Loza dengan 299.70 markah keseluruhan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI