fbpx

Lelaki terselamat gara-gara perut besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIU berpeluk tubuh ketika menunggu anggota bomba untuk mengeluarkannya selepas terjatuh dan tersangkut di dalam sebuah perigi di Wilayah Henan, China baru-baru ini. – PERKHIDMATAN BOMBA LUOYANG/THE SUN

BEIJING – Seorang lelaki yang memiliki berat badan 120 kilogram bernasib baik kerana lebihan lemak yang terkumpul pada bahagian perut menyelamat dirinya daripada terjatuh ke dalam sebuah perigi di Wilayah Henan dekat sini barubaru ini, lapor Tribunnews.com semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Liu, 28, dari perkampungan Fuliudian, bandar Baiyuan di daerah Yichuan di Henan ditemui tersangkut pada tebing perigi sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) dan terpaksa dibantu pasukan penyelamat bomba dari bandar Louyang.

Menurut laporan portal berita The Sun UK, insiden berlaku semasa mangsa diminta orang tuanya untuk membuang sisa kayu dan barangan lain ke dalam perigi tersebut yang tidak lagi digunakan.

“Perigi itu sebenarnya kering sejak beberapa tahun lalu dan digunakan sebagai tempat membuang sampah oleh keluarga itu.

“Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam perigi tersebut semasa mahu membuang sampah,” kata salah seorang anggota penyelamat.

Sejurus pasukan bomba tiba, mereka mendapati Liu tersangkut pada tebing perigi dan mereka menggunakan tali yang dililit pada badannya untuk menarik mangsa keluar.

Sepanjang proses menyelamat, Liu kelihatan tenang dan berjaya ditarik keluar oleh pasukan penyelamat. Mangsa dilaporkan mengalami luka kecil pada kulit perut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI