fbpx

Ekonomi hidrogen diperkasakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim menyaksikan secara maya pemeteraian kerjasama tiga pihak antara MGTC dengan pelbagai badan dalam pembangunan teknologi ekonomi hidrogen.

PUTRAJAYA – Pembangunan ekonomi hidrogen perlu diperkasakan lagi memandangkan ia dijangka dapat memacu pertumbuhan iktisad negara dengan lebih pesat pada masa depan.

Saranan itu disuarakan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang cukup optimis dan melahirkan keyakinan positif ke atas sumber tenaga boleh diperbaharui itu.

“Usaha murni ini juga sejajar dengan tiga sasaran dalam Matlamat Pembangunan Mampan yang ditetapkan secara holistik oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 2015 lalu.

“Selain itu, inisiatif teknologi hidrogen yang giat dilaksanakan di seluruh negara ketika ini bakal mewujudkan banyak peluang pelaburan baharu ekonomi hijau.,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Strategik dan Forum Ekonomi Hidrogen Antarabangsa secara maya hari ini.

Ini meliputi Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) serta turut mendapat kerjasama strategik daripada kedutaan Jepun, Australia, Britain, Sweden dan Korea Selatan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN