fbpx

92 peratus kes jangkitan belum terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PETALING JAYA – Sebanyak 92 peratus daripada 14,516 kes harian jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan individu belum menerima suntikan vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 97.9 peratus daripada 95 kes Kategori 5 iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan melibatkan mereka.

Menurut beliau, sebanyak 85.7 peratus daripada 77 kes Kategori 4 iaitu radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen juga melibatkan mereka yang belum terima suntikan.

“Sebanyak 83 kes (67.5 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) Kategori 3 iaitu radang paru-paru dan 7,045 kes (87.6 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) Kategori 2 iaitu bergejala ringan).

“Sebanyak 7,216 kes (95.6 peratus kes tiada sejarah vaksinasi) Kategori 1 iaitu tidak bergejala. Oleh itu segeralah dapatkan vaksinasi agar anda dan keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI