TANAH MERAH – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 5.18 tan beras Siam pelbagai jenama dalam dua serbuan berasingan di Kampung Lalang Pepuyu di sini semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, serbuan pada pukul 7 dan 11 pagi itu turut merampas 500 kilogram beras pulut yang dipercayai diseludup dari negara jiran termasuk dua buah kereta dianggarkan jumlah RM59,224.
Menurutnya, dalam serbuan pertama, sepasukan anggota PGA melihat dua buah kereta jenis Proton Pesona dan Proton Gen 2 berada dipakir di hadapan sebuah rumah ketika menjalankan rondaan dan pemeriksaan terhadap kedua-dua buah kereta itu telah menjumpai muatan guni putih mengandungi beras-beras seludup seberat 2.59 tan.
“Selang empat jam kemudian, anggota PGA telah membuat serbuan di sebuah rumah kosong di Kampung Lalang Pepuyu dan mendapati sebanyak 2.591 tan beras dan 500 kilogram beras pulut seludup disimpan di situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Nor Azizan, siasatan awal mendapati, beras-beras tersebut dibawa masuk melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dan bekalannya untuk dijual di pasaran Kelantan dan Terengganu.
Ujarnya, kesemua rampasan diserahkan kepada pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negara negeri Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929