fbpx

Budak dua tahun terkunci dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka kunci kereta.

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap dalam sebuah kereta Perodua Bezza yang terkunci di sebuah stesen minyak di pekan Chemor di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kanak-kanak tersebut terperangkap dalam kereta itu selepas ia terkunci sendiri ketika ditinggalkan ibunya untuk mengisi minyak.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, kanak-kanak itu diselamatkan oleh anggota bomba yang membuka pintu kereta berkenaan.

Menurut jurucakap itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru diketuai Pegawai Operasi Rosdi Mohd Radzi dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian, anggota kita mendapati seorang kanak-kanak dua tahun terperangkap dalam kereta tersebut dipercayai lebih 10 minit.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga minit untuk membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan khas,” kata jurucakap tersebut.

Mangsa yang berjaya dikeluarkan dengan selamat kemudian diserahkan kepada ibunya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI