fbpx

Sengsara emosi ‘seram’ Khai Bahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAI BAHAR kini muncul dengan single baharu berjudul Sengsara.

PENYANYI bersuara lunak Khai Bahar tidak duduk diam walaupun ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila muncul dengan buah tangan baharu berjudul Sengsara.

Selepas muncul dengan lagu berjudul Hilang Gelita yang turut menjadi lagu runut bunyi (OST) drama Kisah Cinta Rumi, Khai sekali lagi bakal mencuri tumpuan apabila lagu Sengsara nyanyiannya akan menjadi lagu tema bagi filem seram berjudul Dendam Penunggu yang akan menemui penonton pada Ogos nanti.

Sengsara, hasil karya trio tiga komposer hebat iaitu John Jeeves, Fridaus Rahmat dan Omar K pastinya akan menarik perhatian halwa telinga pendengar apabila buat pertama kalinya Khai akan mendendangkan lagu bertema seram.

Bercakap mengenai single Sengsara, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 27, berkata, dia berasa sangat bertuah kerana mendapat kepercayaan daripada tiga komposer terbabit untuk menyanyikan lagu mereka.

Bahkan, karya berkenaan juga menjadi filem eksklusif pertama daripada laman penstriman Tonton Cinema.

“Syukur alhamdulillah kepada Allah di atas rezeki ini. Malah, saya juga sangat berbesar hati apabila pihak Monkey Bone menawarkan untuk saya menyanyi lagu Sengsara yang turut dipilih sebagai OST filem Dendam Penunggu.

“Walaupun bersetuju pada saat akhir, tapi saya tidak fikir lama untuk buat keputusan dan bersetuju. Saya rasakan ini peluang keemasan yang tak wajar dilepaskan kerana dapat merakam lagu baharu,” ujarnya.

Kata Khai lagi, dia merasakan lagu Sengsara merupakan sebuah lagu yang sedap didengari selain memiliki keunikan penulisan lirik.

Mengakui walaupun berhadapan cabaran tersendiri dengan keadaan semasa pandemik ketika ini, Khai tetap meletakkan harapan positif terhadap Sengsara.

“Semoga pendengar menerima baik single baharu saya. Malah saya sendiri juga tidak sabar hendak menonton Dendam Penunggu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Program Dalaman Media Prima, Nor Shahila Harun Shah meluahkan perasaan gembiranya apabila Khai sudi menerima tawaran untuk menyanyikan lagu Sengsara berkenaan.

“Khai mempunyai mutu suara yang lunak dan mudah melekat di telinga pendengar. Jadi, kami amat yakin dengan kebolehan dia untuk menyanyikan lagu Sengsara dengan baik.

“Kini, harapan kami agar peminat Khai dapat menyokong kehadiran single terbaharu ini,” katanya.

Bagi seluruh peminat seni hiburan tanah air, kini single Sengsara sudah boleh distrim di semua pelantar muzik digital. Malah, lirik video rasmi Sengsara juga sudah boleh ditonton menerusi YouTube Monkey Bone.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI