fbpx

Tewas sebab terikut rentak beregu lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK akur dengan kehebatan Ahsan-Setiawan apabila tewas 16-21, 19-21 dalam saingan Kumpulan D semalam. – AFP

KESILAPAN mudah yang dilakukan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik nyata menjadi punca kekalahan 16-21, 19-21 kepada pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada aksi Kumpulan D, Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

Pada aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, Ahsan-Setiawan yang turun selaku beregu No. 2 dunia nyata sukar digugat apabila menampilkan aksi cukup agresif.

Aaron tanpa berselindung mengakui mereka terikut-ikut rentak permainan juara dunia tiga kali itu sehingga menyebabkan mereka melakukan kesilapan-kesilapan mudah.

“Saya akui kami terikut-ikut aksi mereka dan pasukan lawan berjaya mengutip mata demi mata. Saya akui ia bukan se­nang,” katanya semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu juga kecewa kerana kempunan untuk menambah rekod kemenangan ke atas jaguh Indonesia tersebut apabila hanya menang sekali dalam lapan pertemuan.

Menerusi kekalahan itu, Aaron-Wooi Yik wajib melakar kemenangan ke atas beregu Kanada, Jason Ho Shue-Nyl Yakura hari ini bagi memastikan tempat ke pusingan suku akhir.

Sementara itu, dalam aksi lebih awal, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menamatkan saingan peringkat Kumpulan D dengan kekalahan 13-21, 19-21 kepada pasangan China, Wang Yilyu-Huang Dongping.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI