fbpx

[VIDEO] Durian Beserah lebih enak daripada musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISI yang berwarna kuning selain rasa lemak manis menjadi buruan penggemar.

KUANTAN – Keenakan buah durian hijau Beserah yang dikatakan lebih enak daripada musang king oleh sesetengah individu membuatkan raja buah itu menjadi rebutan setiap kali musim­nya tiba.

Meskipun harga yang agak tinggi sehingga RM50 sekilogram namun ia terus mendapat permintaan tinggi sehingga buah yang masih berada di atas pokok sudah ditempah penggemarnya.

Pekebun durian, Abdul Rani Abdul Rahman, 66, berkata, buah durian hijau yang amat sinonim dengan Beserah itu sememang­nya mendapat sambutan yang luar biasa setiap kali musim durian.

“Ada yang mengatakan buah kayangan dan sambutan sampai tidak ada stok, sampai yang di atas pokok sudah menjadi milik orang, kalau musim durian ramai orang luar masuk kampung ini mencari durian hijau.

“Durian hijau ini sesuai de­ngan tanah di sini dan mungkin hampir dengan laut, mungkin tempat lain boleh ditanam tetapi kualiti memang tidak sama du­rian Beserah,” katanya di Kampung Bukit Gelugor, di sini semalam.

ABDUL RANI menunjukkan buah durian hijau Beserah di kebunnya di Kampung Bukit Gelugor, Kuantan semalam.

Menurut Abdul Rani, pada musim ini hanya tiga pokok durian hijau Beserah yang ditanam bersama pelbagai pokok durian lain di tanah seluas 0.6 hektar mengeluarkan hasil dengan purata 50 biji sepokok.

Ujarnya, musim kali ini buah kurang menjadi meskipun pada mulanya ia berbunga dengan banyak yang berkemungkinan disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu.

Dalam pada itu, katanya, antara ciri menarik buah dengan berat purata dua kilogram itu ialah isinya yang berwarna kuning dengan kulit isi berlipat mempunyai rasa lemak manis ‘melekat’ membuatkan penggemar durian berebut mendapatkan raja buah berkenaan.

Katanya dengan keenakan buah itu, tidak hairanlah sejak dari dahulu mendapat sambutan dan tempahan termasuklah daripada istana, menteri besar serta pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan pusat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI