fbpx

Syaqiera layak ke Olimpik sempena hari lahir bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mashayikh dan Badariah menunjukkan koleksi pingat yang pernah dimenangi Syaqiera ketika ditemui di kediamannya di Felda Medoi, hari ini. /FOTO FARAHWAHIDA AHMAD

SEGAMAT – Bapa kepada pemanah negara, Syaqiera Mashayikh menyifatkan peluang anaknya beraksi mewakili negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai hadiah hari lahir ke-57 cukup bermakna.

Mashayikh Subari berkata, anak ketiga daripada enam beradik itu memaklumkan berita manis itu kepada keluarga pada 1 Julai lalu.

“Dia maklumkan kepada kami pada 1 Julai, kebetulan hari lahir saya jatuh keesokan harinya, ini hadiah hari lahir paling bermakna dalam hidup saya.

“Hati ibu bapa yang mana tidak bangga apabila anak membawa nama baik keluarga ke pentas persada sukan dunia,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Felda Medoi, di sini hari ini.

Mashayikh dan isterinya, isteri, Badariah Jamal, 44 menzahirkan rasa syukur apabila Syaqiera berpeluang membawa cabaran negara dalam acara recurve individu wanita dan pasukan campuran bersama jaguh memanah negara lainnya.

Menurutnya, Syaqiera mula menunjukkan minat dalam sukan memanah sejak berusia 10 tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Medoi.

Malah dia juga mengeluarkan belanja kira-kira RM1,000 untuk membeli busur dan anak panah bagi memudahkannya menjalani latihan bersama gurunya.

Baru-baru ini, Syaqiera turut diberikan anugerah Ikon Sukan Majlis Belia Daerah Segamat selain Sijil Penghargaan Cucu Felda Medoi oleh pengurusan Felda Wilayah kerana mewakili negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pemanah berusia 21 tahun itu menyertai Sukan Olimpik Tokyo menjadi temasya sukan pertama disertainya dan penampilan ketiga di peringkat antarabangsa selepas bertanding pada dua kejohanan di Paris, Perancis bagi Kelayakan Sukan Olimpik 2020 dan Peringkat Ketiga Piala Dunia 2021 bulan lalu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI