fbpx

438 ditahan ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 438 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 434 individu dikompaun manakala empat lagi direman.

Katanya, orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 74,561 pemeriksaan semalam.

“Ia melibatkan 4,224 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,894 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Op Benteng yang dilaksanakan semalam telah menangkap lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas lima buah kenderaan darat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan tersebut turut melaksanakan 74,561 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara semalam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI