fbpx

Peng Soon-Liu Ying bawa pulang kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERAKHIR sudah cabaran beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menamatkan saingan Kumpulan D menerusi kekalahan 13-21, 19-21 kepada China sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza itu, Peng Soon-Liu Ying tetap memberi tentangan sengit kepada Wang Yilyu-Huang Dongping meskipun tewas dengan aksi straight set.

Walaupun gagal mempertahankan pingat perak yang dimenangi pada Sukan Olimpik Rio 2016, namun aksi beregu negara itu wajar dipuji kerana difahamkan Liu Ying beraksi dalam keadaan sakit selepas mengalami kecederaan lutut semalam.

Menerusi kekalahan tersebut, Peng Soon-Liu Ying mengucapkan selamat tinggal kepada Olimpik kali ini apabila menghuni tangga tercorot Kumpulan selepas tewas ketiga-tiga perlawanan.

Dalam pada itu, perlawanan tersebut mungkin menjadi aksi terakhir buat gandingan tersebut di pentas Olimpik kerana Liu Ying pernah memberitahu dia tidak memiliki perancangan untuk menyertai Sukan Olimpik Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI