fbpx

Tak suka diam, usah perlekeh – Esma Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Esma berpendirian lebih baik mendiamkan diri daripada terus menerus mengkritik berkenaan busana yang digayakan atlet Malaysia pada majlis pembukaan Olimpik 2020 baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon Esma Daniel menyelar sikap segelintir selebriti dan orang ramai yang tidak henti-henti mengkritik busana kontinjen Malaysia pada majlis pembukaan Sukan Olimpik 2020 Jumaat lalu.

Esma menerusi hantaran dalam Instagramnya berkata, mereka tidak sepatutnya memeperlekehkan busana yang digayakan kontinjen Malaysia dan lebih baik mendiamkan diri jika tidak menyukainya.

“Mereka pergi ke sana ketika bahaya masih lagi belum reda namun demi negara dan maruah, mereka pergi dengan semangat yang berkobar-kobar.

“Waktu ini sangat penting sokongan moral daripada rakyat untuk membakar semangat. Perasan bangga para atlet menggayakan busana ketika raptai bersama negara-negara tatkala dunia memerhatikan mereka harus dipuji.

“Anda tidak ada di sana, anda tidak tahu betapa gemuruhnya mereka ketika bersaing dengan negara lain. Kalau tidak suka diam sajalah, tiada siapa pun minta pandangan anda yang hanya merobek perasan mereka,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Cinta Non Grata itu.

“Paling penting kejayaan yang mereka bawa pulang dan kecapi bukan busana pengukurnya. Kita sebagai rakyat sama-sama doakan kejayaan dan kebaikan buat para atlet yang bertanding,” tulis netizen.

Terdahulu, beberapa selebirti terkenal tanah air seperti Rozita Che Wan dan Cef Wan lantang mengkritik busana yang digayakan kontinjen Malaysia yang disamakan seperti badut dan sarung bantal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI