fbpx

Dua beregu turun aksi pelengkap jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENG Soon-Liu Ying akan turun pada aksi pelengkap jadual menentang pasangan China, Wang Yilyu-Huang Dongping sebentar sahaja lagi. - AFP

BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan turun pada aksi pelengkap jadual Kumpulan D menentang pasangan China, Wang Yilyu-Huang Dongping di Musashino Forest Sports Plaza pada pukul 5.40 petang ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu sudah pun tersingkir daripada saingan kali ini selepas tewas dalam dua aksi terdahulu kepada beregu Hong Kong dan Jerman.

Sementara itu, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan turun dalam perlawanan tumpuan menentang jaguh Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan bagi aksi kedua saingan Kumpulan D pada pukul 6.20 petang.

Aaron-Wooi Yik akan mengesahkan tempat ke suku akhir sekiranya mencatat kemenangan ke atas beregu No.2 dunia itu selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI