KULAI – Ketika negara sedang berdepan peningkatan kes positif dan pandemik Covid-19 yang tidak berkesudahan, sekumpulan individu masih tegar melakukan aktiviti yang bukan sahaja melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP), tetapi juga melanggar undang-undang negara.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya telah menahan 20 lelaki kerana terlibat dalam aktiviti judi laga ayam di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Baru Senai, di sini semalam.
Menurutnya, Ops Judi Laga Ayam itu dijalankan sekumpulan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kulai pada pukul 4.40 petang.
Katanya, semua individu yang ditahan berusia antara 22 hingga 62 tahun.
“Ketika serbuan dijalankan, polis mendapati sekumpulan individu sedang berkumpul dan bersorak di bawah khemah yang dipercayai sedang melakukan aktiviti perjuangan.
“Sehubungan itu, polis bertindak menahan kesemua 20 suspek yang terlibat dan dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beng Yeow turut memberitahu, dalam operasi itu juga, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM29,965 dan beberapa peralatan yang digunakan untuk perjudian laga ayam. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929