fbpx

Helikopter ada kebenaran rentas negeri untuk selenggara pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan nasi ganja. - GAMBAR IHSAN AWANI PERAK

IPOH-Helikopter Bell 505 yang mendarat di Padang Ipoh dekat sini Jumaat lalu, mempunyai surat kebenaran merentas negeri yang dikeluarkan polis Selangor.

Bagaimana pun, surat kebenaran berkenaan adalah bagi keperluan penyelenggaraan pesawat (aircraft maintenance) bagi penerbangan dari Subang ke Ipoh.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk telah selesai dirakam percakapan mereka hari ini.

“Datuk dan pegawai dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu antara lima individu yang telah dipanggil untuk diambil keterangan.

“Siasatan dijalankan di bawah kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan rentas negeri atau daerah di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Akta 342,” katanya.

Menerusi laporan akhbar 23 Julai lalu, helikopter dikendalikan syarikat Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu mendarat di padang Ipoh pada pukul 10 pagi bagi mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI