fbpx

67 bubu naga dirampas di Pulau Gedong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
67 bubu naga dirampas di lima lokasi berasingan di Pulau Gedong dekat Geogre Town semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) merampas 67 bubu naga dengan nilai rampasan RM8,000 di lima lokasi berasingan di sekitar 1.0 batu nautika timur laut Pulau Gedong berdekatan Pulau Aman di sini semalam.

Rampasan dilakukan sepasukan anggota semasa menjalankan rondaan rutin Op Benteng Laut dan Op Pertiwi di sekitar perairan negeri ini kira-kira pukul 5.10 hingga 6.30 petang.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan beberapa pelampung mencurigakan di permukaan air dan disyaki penanda bubu naga.

Menurutnya, kesemua rampasan itu kemudiannya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

“Penggunaan bubu naga diharamkan kerana sifatnya yang tidak selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain.

“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan dan denda maksimum RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duannya jika disabit bersalah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya orang awam mempunyai sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut, mereka diminta menghubungi talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian: 04-2626146. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI