PERENANG Australia berusia 20 tahun, Ariarne Titmus melakukan kejutan apabila meraih pingat emas pertamanya pada aksi sulung di pentas Sukan Olimpik dalam acara 400 meter (m) gaya bebas wanita sebentar tadi.
Meskipun turun selaku pencabar baharu, namun atlet kelahiran Australia tersebut tidak gugup apabila berjaya menewaskan pemegang rekod dunia dan juara Olimpik Rio (2016), Katie Ledecky dari Amerika Syarikat.
Pada saingan tersebut, Ledecky dilihat mampu mempertahankan pingat emas yang diraih ketika di Rio apabila menguasai saingan sepanjang 300m dengan cukup cemerlang.
Bagaimanapun, pada 50m terakhir, Titmus terus meningkatkan kepantasan untuk muncul juara dengan catatan tiga minit 56.69 saat sekali gus mencatat rekod baharu bagi benua Oceania dalam acara berkenaan. – K! ONLINE