fbpx

Dewan Rakyat: Darurat tidak akan disambung selepas 1 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan membuat keputusan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang bakal berakhir pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan juga telah membuat keputusan berdasarkan Perkara 50(3) Perlembagaan Persekutuan bahawa semua ordinan yang telah dibuat semasa sepanjang Proklamasi Darurat adalah dibatalkan.

“Saya ingin mengesahkan pada hari ini, bahawa kerajaan persekutuan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisyiharkan Proklamasi Darurat baru apabila tamat pada 1 Ogos 2021,” katanya pada sidang khas di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 Proklamasi Darurat atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI